Alhamdulillah mesyuarat siri ke-2 telah dilaksanakan di antara Pondok DUAI, Madrasah Al-Hikmah, Jelebu N.9 dan Madrasah Baitul Quran, Terengganu.
Mesyuarat kali ini juga turut disertai oleh beberapa madrasah alim lain seperti Darul Ulum Zayyadal Shah Alam, Maahad Darul Faqeh Morib dan
Madrasah An-Noer, Janda Baik. Tujuan utama mesyuarat ini diadakan adalah untuk mengukuhkan kolaborasi dan menambahbaik penyelarasan kurikulum pengajian alim.
Antara agenda yang dibentangkan di dalam mesyuarat adalah penyelarasan semula silibus dan kitab, penggunaan plan pengajaran secara holistik
dan pelaksanaan sistem merit secara giat.. Justeru itu, adalah diharapkan program Wifaq ini dapat menyelaraskan mutu kualiti pembelajaran serta graduan dan memartabatkan sistem institusi pengajian alim di madrasah.
Semoga objektif-objektif ini dapat direalisasikan dengan izin Allah Taala. Aminn..


