Alhamdulillah 5 orang pelajar Pondok DUAI telah mewakili negeri Melaka ke peringkat kebangsaan untuk Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah² Menengah Agama (MIISSMAM) di SMA MAIWP Cheras KL.
Tahun ini merupakan kali kedua pelajar Pondok DUAI bertanding di peringkat kebangsaan. Tahniah kepada semua wakil pelajar kerana walaupun datang dari aliran pondok/madrasah, namun dapat memberi saingan terhadap para pelajar Sekolah Menengah Agama dari aliran perdana. Tahniah
kepada para peserta dan jurulatih Ustaz Aiman Mustaqim, Ustaz Azraie, Ketua Pelajar Akhmal Hakimi dan para asatizah yang berusaha keras membantu persiapan para pelajar. Terima kasih juga kepada Jabatan Agama Islam Melaka dan kontinjen Melaka yang sentiasa positif dan semoga tahun seterusnya kontinjen Melaka akan menjadi
johan keseluruan MIISSMAM. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan motivasi untuk para pelajar terus melakar kejayaan yang cemerlang dan gemilang dan menyertai pertandingan² lain di masa akan datang. Semoga perkembangan ilmu terus mekar di Pondok Duai.. Amin Ya Rabb


