Alhamdulillah selesai sudah Rehlah Islahiyyah para pelajar alim Pondok DUAI di Pulau Pangkor. Rehlah kali ini disertai seramai 175 orang pelajar alim dan ustaz. Program 3 hari 2 malam yang padat dan menyeronokkan.
Pada hari pertama di sebelah petang di penuhi dengan aktiviti outdoor seperti tarik tali dan aktiviti laut. Pada sebelah malam pula aktiviti indoor secara berkumpulan di dalam dewan. Games menarik seperti pictionary dan sketsa ringkas dilakukan oleh para pelajar. Berbakat sungguh pelajar Pondok DUAI berlakon. Antara tajuk yang dilakonkan oleh para pelajar seperti ‘Ibu’,
‘Belajar kerana Sijil’, ‘Hormati Guru’, ‘Taubat seorang Pendosa’, ‘Fitnah duit’ & ‘Abu Nawas’. Pada hari kedua pula diteruskan dengan aktiviti outdoor dan laut seperti kayak. Di sebelah malam pula pelajar memasak secara berkumpulan dengan bermacam menu-menu sedap di masak oleh para pelajar. Sekali lagi, berbakat sungguh pelajar Pondok DUAI memasak. Alhamdulillah semua program berjalan seperti yang di rancang dengan lancar. Semoga para pelajar mendapat manfaat sepanjang rehlah islahiyyah ini dan lebih ‘segar’ di dalam pengajian di Pondok kelak



