PENGENALAN
Pondok Darul Ulum Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah (DUAI) diasaskan pada tahun 2007 oleh Puan Hajah Sajahan Biham binti Ismail (ibu kepada Mudir) dan Ustaz Muhammad Khairul Budi bin Shuib. Pondok ini dibangunkan di Pulau Gadong di atas tanah berkeluasan 6 ekar (tanah di infaq oleh Pn Hjh Sajahan). Pembangunan dibuat secara berperingkat. Sehingga tahun 2023 sebanyak RM 3.5 juta telah dibelanjakan. Dana pembangunan 95% dari keluarga Ustaz M. Khairul Budi dan 5% dari infaq orang awam.
Pondok DUAI merupakan madrasah pertama di Melaka yang menawarkan pengajian Daurah Hadith Sihah Sittah. Sistem pengajian berorientasikan sistem pengajian pondok dan Darul Uloom Afrika Selatan dan Deoband India. Pondok DUAI adalah sebuah pondok yang menawarkan pengajian alim/kitab dan pengajian tahfiz.
Para pelajar yang menamatkan pengajian di DUAI akan dianugerah ijazah sanad muttasil para akabir Deoband seterusnya muttasil sehingga ke Amirul Mukminin Fil Hadith Imam Bukhari rah dan seterusnya muttasil sehingga ke Rasulullah صلی اللہ علیہ وسلم .
Kami menawarkan pengajian kitab kepada pelajar yang berminat mendalami ilmu tradisi islam dan terbuka juga kepada para pelajar hafiz yang telah menamatkan hafazan atau syahadah untuk melanjutkan pengajian kitab. Diharapkan pondok ini dapat menyumbang sebagai pusat pengajian ilmu dan penyebaran ilmu turath islam khususnya di negeri Melaka.
FALSAFAH
Pondok ini di asaskan bertujuan untuk melahirkan tokoh-tokoh Rabbani, para ulama yang hebat, yang menguasai ilmu-ilmu Islam dan melahirkan generasi pencinta ilmu. Kami berharap Pondok ini dapat menyumbang sebagai pusat pengajian ilmu dan penyebaran ilmu turath Islam khususnya di negeri Melaka ini.
VISI
Peneraju kesinambungan warisan ulama’ dan umara’ dalam mendalami khazanah al Quran dan ilmu hadith.
MISI
Melahirkan tokoh-tokoh Rabbani, para ulama yang hebat, yang menguasai ilmu-ilmu Islam.
Melahirkan para hafiz al-quran yang lancar hafalan dan berkualiti dari segi hafalan dan bacaan.
Menjadi pusat pengajian ilmu dan pusat penyebaran ilmu turath Islam khususnya di negeri Melaka.
Membentuk pelajar yang mampu menjalani kehidupan seharian bertunjangkan al-Quran dan as-Sunnah.
Membina generasi insan yang soleh, cemerlang dan berilmu tinggi serta menjadi panduan ummah.
MOTTO
TA’LIM . DAKWAH . TAZKIYYAH . TARBIYYAH . HIKMAH
MAKLUMAT PENGAJIAN
PENGENALAN
Pengajian Alim (Dauratul Hadith) di Pondok DUAI diasaskan oleh dua orang Maulana iaitu:
- Maulana Khairul Budi At-Tohawy (lulusan Daurah Hadith Cape Town, Afrika Selatan)
- Maulana Salleh Ibrahim Al-Miftahi (lulusan Daurah Hadith, Miftahul Ulum Sri Petaling)
Pondok DUAI mula di asaskan pada tahun 2007 dan beberapa tahun selepas itu kelas pengajian Alim telah dimulakan. Alhamdulillah pada awal tahun 2023 batch atau generasi pertama telah menamatkan pengajian dan menamatkan 6 kitab hadith iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Jami’ Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasai’e dan Sunan Ibnu Majah
Pengajian Alim di Pondok DUAI yang diasaskan oleh 2 orang Maulana ini adalah berdasarkan panduan daripada Masyaikh mereka.
MASYAIKH PONDOK DUAI
- Syeikh Toha Al Qasimy : Mufti Cape Town, Afrika Selatan.
- Syeikh Abdul Hamid Ishak : Mudir Darul Ulum Azadville, Afrika Selatan.
- Maulana Abdul Hamid : Syeikhul Hadith, Miftahul Ulum, Sri Petaling.
- Syeikh Umar Fathullah : Kiyai Pondok Pesantren Al Fatah, Temboro,Indonesia.
SISTEM PENGAJIAN
- Aliran: Berorientasikan aliran Deobandi. Sistem Dars Nizami.
- Subjek: Penyusunan subjek dan kitab diberi garis panduan oleh Syeikh Toha Al Qasimy.
- Kitab rujukan: Para pelajar di beri pendedahan yang luas kepada kitab-kitab rujukan. Penggunaan maktabah yang komprehensif dan menyeluruh.
- Khatam kitab: Mengkhatamkan kitab silibus yang di baca kalimah demi kalimah dan dari kulit ke kulit.
- Kajian: Membuat pemilihan topik-topik penting dalam sesuatu bidang ilmu dan topik-topik ini dibahaskan secara terperinci dan secara perbandingan.
- Artikel & Kitab: Penulisan artikel dan kitab oleh pelajar
TEMPOH PENGAJIAN
Jangkamasa tahun pengajian adalah selama 6 tahun dan berikut merupakan pecahan kepakaran mengikut tahun pengajian:
- Tahun 1, 2 & 3: Ilmu Alat dan bahasa Arab
- Tahun 4 & 5: Daurah Feqah dan Usul Fiqh
- Tahun 6: Daurah Hadith & Takhassus Hadith
KELEBIHAN PONDOK DUAI
- Pengajian Alim : Pengajian Daurah Hadith dan sistem pengajian yang unik
- Pengajian Hafiz : Statistik pelajar khatam dan syahadah yang tinggi
Pelajar yang telah khatam 30 Juzuk : 115 orang
Pelajar yang telah Syahadah : 31 orang - Sistem pengurusan : Sistem yang teratur dan berstruktur dengan pengalaman hampir 15 tahun
- Guru mengajar : Guru yang bertauliah dengan pengalaman hampir 15 tahun dengan kekerapan berhenti yang sangat rendah.
- Kaedah Tarbiyyah : Kaedah tarbiyyah pelajar yang diterapkan adalah dengan hikmah tanpa penggunaan rotan dan menghasilkan rekod disiplin pelajar yang baik.
- Amalan : Berdasarkan ijazat daripada Syeikh Tariqat yang muktabar.
- Fasiliti : Fasiliti yang lengkap dan kondusif.

TA’LIM . DAKWAH . TAZKIYYAH . TARBIYYAH HIKMAH