SYARAT KEMASUKAN DAN YURAN

Syarat-syarat umum permohonan memasuki DUAI:

  1. Berumur 12 tahun dan ke atas
  2. Sihat tubuh badan dan mental
  3. Mampu membaca Al-Quran dengan lancar
  4. Mampu membaca / menulis tulisan rumi ( bahasa melayu ) dengan baik
  5. Sedia patuh dan taat segala undang – undang dan peraturan madrasah
  6. Tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan jenayah
  7. Tidak terlibat dengan penyalahgunaan najis dadah ( dan juga tidak merokok )
  8. Mempunyai kesungguhan sendiri dan bukan kerana paksaan
  9. Sedia bersusah payah untuk menghasilkan ilmu
  10. Lulus temuduga yang dijalankan oleh pihak madrasah

Pihak DUAI akan mengadakan sesi temuduga beberapa kali dalam setahun. Untuk maklumat lanjut sila hubungi pejabat DUAI atau sila rujuk pada taqwim (kalendar) DUAI untuk mendapatkan tarikh temuduga.

Dokumen yang perlu di bawa ketika memohon:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon
  2. Salinan kad pengenalan bapa/penjaga
  3. Sijil berhenti sekolah / madrasah terdahulu
  4. 2 keping gambar terbaru pemohon berukuran pasport
  5. Sijil-sijil yang berkaitan

* bagi pelajar luar (foreigner) atau pemegang visa, sila bawa salinan pasport beserta pasport asal dan sila pasti kan visa anda tidak tamat tempoh ketika memohon. Pihak madrasah hanya membantu mendapatkan visa lanjutan bagi permohonan yang berjaya sahaja.

Pelajar faqir dan miskin yang memenuhi syarat juga di galakkan memohon.

  1. Kami menggalakkan bayaran yuran bulanan di dalam bentuk online.
  2. Bayaran yuran bulanan perlu dibuat sebelum tarikh 10hb setiap bulan.
  3. Yuran pengajian:

Cawangan Pondok Darul Ulum Al-Arabiyyah Al-Islamiyyah Pulau Gadong (HQ)

Yuran Pendaftaran : RM850

A. Pengajian Tahfiz
Yuran Pengajian : RM400
Yuran Tahunan : RM650

B. Pengajian Kitab/Alim
Yuran Pengajian : RM360
Yuran Tahunan : RM500

Cawangan Darul Ulum Al-Islamiyyah RKSK, Bukit Katil

Yuran Pendaftaran: RM500
Yuran Pengajian Tahfiz: RM400
Yuran Tahunan: RM400

Cawangan Darul Ulum Al-Islamiyyah Lil Banat, Bukit Katil (Perempuan)

Yuran Pendaftaran: RM650
Yuran Pengajian alimah/Tahfiz: Rm300
Yuran Tahunan: RM500

  1. Kami menggalakkan pembayaran yuran bulanan dilakukan di dalam bentuk online.
  2. Bayaran yuran bulanan perlu dibuat sebelum tarikh 10hb setiap bulan.
  3. Bayaran yuran tahunan dibuat setiap awal tahun sebelum 10 Januari.
  4. Bayaran yuran adalah wajib ke atas setiap pelajar.
  5. Urusan yuran boleh berurusan terus dengan pejabat.
  6. Pelajar yang kurang berkemampuan sila berhubung dengan pihak pentadbiran untuk rayuan pengurangan.
  7.  Yuran bulanan adalah untuk makanan, penginapan & pengajian.
  8. Yuran pendaftaran adalah untuk menggunakan fasiliti Darul Ulum.
    Fasiliti seperti katil, tilam, almari, peralatan sukan dan lain-lain yang akan digunakan sepanjang pelajar tersebut menuntut di Darul Ulum.
  9. Jika pelajar berhenti atau di berhentikan, segala bayaran yuran tidak akan di pulangkan.