Pagi ini telah di adakan kejohanan futsal antara institusi² tahfiz al quran di negeri Melaka. Kejohanan anjuran Pinta Melaka ini telah di adakan di Kompleks Sukan Batu Berendam dan disertai oleh 12 buah madrasah.

Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan Pondok DUAI Pulau Gadong berada di kumpulan A. Berikut adalah keputusan yang melibatkan Pondok DUAI di peringkat kumpulan:

Pondok DUAI 0-0 Raudhatul Muslihin
Pondok DUAI 2-0 Baitul Rahman
Pondok DUAI 5-0 Madrasah Al Fatah
Pondok DUAI 5-0 Madrasah Ali Imran
Pondok DUAI 10-0 Jiwa Fighter FC

Semi Final
Pondok DUAI 4-1 Madrasah As Solihin

Final (Penalti)
Pondok DUAI 1-0 Madrasah Rabiatul Adawiyyah

Tahniah kepada semua pemain yang mewakili Pondok DUAI, jurulatih & guru penasihat.