Alhamdulillah Pondok DUAI telah mengadakan kolaborasi dengan KIBGIM (Kelab Ibubapa Guru Islam Melaka). Dalam kolaborasi ini KIBGIM telah menyediakan untuk kami program fastrack SPM. Untuk batch pertama seramai 13 orang pelajar Pondok DUAI telah dipilih untuk menyertai program fastrack SPM ini. Jadual pelajar yang menduduki fastrack ini sangat padat. Kelas pengajian di Pondok dari awal pagi sehingga pukul 5.00pm. Kemudian mereka akan bertolak ke KIBGIM untuk kelas fastrack sehingga jam 10.00pm.
Walaupun jadual mereka sangat-sangat padat namun Alhamdulillah pelajar Pondok dapat keputusan cemerlang dalam keputusan percubaan SPM yang telah di adakan baru-baru ini. Semoga momentum kecermelangan ini dapat diteruskan dan dipertingkat semasa peperiksaan SPM sebenar nanti.
Jutaan terima kasih kepada Prof Dr Norliah Kudus, Dr Mahadi Abu Hassan, para guru dan pengurusan KIBGIM yang sangat mengambil berat dan atas usaha yang tanpa jemu untuk membantu para pelajar Pondok DUAI. Pagi ini telah diadakan perjumpaan di antara pihak KIBGIM dan Pondok DUAI bagi membincangkan keputusan Ujian Percubaan SPM dan laporan prestasi kelas
Alhamdulillah 3 orang pelajar dipilih antara yang terbaik, tahniah di ucapkan kepada adik Muhammad Uzairul Irfan bin Musli yang berjaya mendapat 5A, adik Amir Yusuf bin Azizin yang mendapat 5A dan adik Akhmal Hakimi bin Rahman yang mendapat 4A.
Justeru itu, adalah diharapkan program kolaborasi ini dapat memberikan nilai tambah kepada para pelajar dan memartabatkan sistem institusi pengajian di Pondok.
Semoga anak-anak syurga ini berjaya menggapai keputusan SPM yang cemerlang dengan izin Allah Taala. Aminn Ya Rabb.