Kurikulum

Huraian Sukatan Pelajaran

Tahfiz Al-Quran.

  1. Matlamat kursus Tahfiz Al-Quran ialah untuk membolehkan seseorang itu menghafal keseluruhan Al-Quran dan mampu untuk mengingati isi kandungannya.

  2. Proses penghafalan keseluruhan Al-Quran biasanya mengambil masa selama tiga atau empat tahun (bergantung kepada keupayaan pelajar).

  3. Proses penghafalan ini terbahagi kepada tiga bahagian:

    i. Hafalan Baru

    Hafalan baru adalah halaman-halaman yang baru di hafal oleh pelajar. Penghafalan baru ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Waktu penghafalan adalah selepas solat Maghrib sehinggalah pukul 9.30 malam. Guru akan menyemak pelajaran baru ini pada keesokan hari selepas Subuh – 7.30 pagi. 

       Juzu' Baru

    Hafalan yang baru mudah terlupa jika ianya tidak diperkukuhkan. Untuk memantapkan hafalan-hafalan yang baru, setiap hari pelajar akan mengulangi Juzu' yang baru di hafal sehingga lebih kurang 2 minggu.

    Proses ini mengambil masa 1½ jam setiap hari. (8.30am-10.00am)

    ii. Juzu' Lama

    Bagi mengekalkan hafalan yang lama, setiap hari pelajar akan mengulangi juzu'-juzu' yang telah mereka hafalkan mengikut turutan Juzu'.

    Proses ini mengambil masa 3 jam setengah setiap hari. 
    a. 10am-11am (1 jam)
    b. 2pm-4.30pm (2 ½ jam)

    iii. Matapelajaran Tambahan 

    Di samping menghafal Al-Quran, para pelajar yang mengikuti kursus Tahfiz akan mempelajari beberapa matapelajaran asas, iaitu 
 
Feqah Badi'ul Fiqhiyyah
Matan Yaqutun Nafis
(Tahun 1)
(Tahun 2 & 3)
Hadith Riyadhus Salihin
Fadhail A'mal & Muntakhab Hadith
(Tahun 1-4)
(Tahun 1-4)
Akhlaq Bidayatul Hidayah
Minhajul Abidin
(Tahun 2)
(Tahun 3)
Tajwid Asas Tajwid (Tahun 1-4)
Terjemahan Miftahul Quran (Tahun 2-3)